Thursday, October 27, 2016

Bagaimana Ingin Mendownload Sumber Rujukan Seperti Jurnal dan Buku Secara Percuma

Sekali-sekala aku nak kongsikan jugak la kepada researcher dan pelajar di luar sana bagaimana nak dapatkan rujukan atau reference seperti journal ( jurnal) atau buku secara percuma dalam internet.. Dunia teknologi dah takde sempadan dah... kebanyakan boleh di download secara percuma.. 

Pertama... sumber jurnal. sumber yang paling popular untuk penyelidikan dalam pendidikan terutama untuk pelajar PhD dan Master... student degree tak ambik tau sangat bab-bab jurnal nie... bila nak buat Final Year Project (FYP), haa...barulah terhegeh-hegeh nak cari kan... 

Ok... sumber yang paling popular ialah... melalui website sciencdirect . Korang boleh klik kat hyperlink tu. Nie memang paling popular la kan.. 

Yang kedua... website Scopus . Yang nie pun popular jugak... Jadi boleh try search paper jurnal yang korang nak dan boleh cuba la setakat mana kebolehan yang boleh didapati dari website tu.

Yang ketiga... website google je. Tapi lebih spesifik iaitu Google Scholar . Terus ke carian google tetapi lebih khusus kepada artikel dan jurnal. 

Yang keempat... bagi aku yang PALING POWERFUL. Yang kat atas tu kadang-kadang paper ada gak dapat abstrak je kan... tak dapat full paper.... ataupun tak boleh access sebab pihak universiti kita tak subscribe... Website nie... kebanyakannya dapat full paper terus... kalau ada. Yang lemahnya... korang kene ada link paper itu (dari Elsevier ke, dari link paper yang korang masuk tadi), atau tajuk khusus paper yang nak dicari... Website nie ialah Sci-hub .  Caranya... terus masukkan copy link paper tadi dekat search dia tu... atau tulis tajuk penuh paper yang nak dicari tu... Cubalah kalau nak tau... kebanyakan paper yang aku dapat, dari website nie... Tak payah nak pegi library mintak tolong belikan paper tu atau mintak tolong kawan oversea tolong carikan (kerana diorang memang dapat access lebih kebiasaannya). 

Pasal buku pulak... aku bagi satu jela kot... yang bagi aku, rasanya yang paling banyak buku yang aku jumpa dan free... tak payah nak sign in ke ape ke... terus masuk, cari, download dan takde halangan langsung.. Websitenya ialah BookZZ . So, kalau ade buku yang ingin digunakan dalam research atau FYP korang, tapi takde di perpustakaan (dipinjam orang ke, memang takde di situ ke) boleh cuba ke website tu dan search... bagi yang mampu beli... Silalah beli.. Bagi yang tak mampu... inilah jalannya.. 

Ada banyak lagi website lain yang disediakan untuk kemudahan korang... bagi yang ada cadangan lebih baik, boleh la tinggalkan di ruang komen.. kita share dan cuba bantu researcher muda nie... dapatkan rujukan sebanyak mungkin... Semoga bermanfaat.. 

No comments: