Saturday, August 3, 2013

Ucapan Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Pembaca WacanaKu...


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... Saya (Ahsan @ BroWacana) memohon seribu satu kemaafan kepada yang mengenali saya (sekolah, matrik, univ, bloggers, kerja) di atas segala salah silap sepanjang kehidupan ini.. Semoga Allah memberkati kita semua dan ampunkan lah segala dosa-dosa kita semua...

Jika kami lalai, berikanlah pedoman dan hidayah supaya kembali ke jalan-Mu Ya Allah... Kalau kami lemah... kuatkanlah Ya Allah... Kalau kami berpecah-belah... Satukanlah kami semua Ya Allah... Sesungguhnya kami tidak mahu tergolong dalam golongan yang Kau murkai dan tersesat..... Ya Rabbal Alamin...
 
Kami mengharapkan keredhaan di bulan Ramadhan dengan segala amal ibadat yang telah dilakukan..Moga dengan Syawal, dapatlah kami menyambut kejayaan membendung hawa nafsu dan melipatgandakan pahala di bulan puasa ini.... Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kepada yang sedang dan akan pulang ke kampung halaman... Hati-hati di jalan raya... Jangan lupa baca doa bawa kenderaan... Sekurang-kurangnya kalau tak tahu pun..Mulakanlah dengan bismillah dengan niat bermusafir.... Rancangkanlah perjalanan...Berhenti seketika kalau dah lalok tu... Berehat di masjid sambil pekena solat sunat dua rakaat pun jadi.. Recharge balik energy...:)

Kepada yang dah berada kat kampung.... Luangkan lah masa lebih kepada mak ayah dan adik beradik... Dah-dah la dengan kawan-kawan tu... Kita cuma ada sorang mak...dan sorang ayah... Time cam nie la kita nak luangkan masa lebih dengan mereka... Tolong-tolong kemas rumah...tolong kat dapur.. tolong ayah di kebun... Paling-paling tidak...berborak, bersantai, dan bergelak tawalah dengan mereka bersama..... Pasti mak ayah rasa bahagia dan senyum gembira...;)

Hidupkan dan suburkan berkat Hari Raya ini dengan cara yang lebih islamik dan barakah...Kurangkan ikutan budaya yang sia-sia macam main mercun dan bersuka-suka melepak dengan kawan di malam raya sampai ke pagi.... Lebih baik kita bergotong-royong bersama keluarga menyiapkan saki-baki persiapan yang ada.. Ataupun beriktikaf di masjid melaungkan takbir raya bersama-sama... Dan yang paling penting... Tunaikan lah Zakat Fitrah.... Wajib ditunaikan...

SHARE lah kepada kengkawan yang korang sayangi... :)

4 comments:

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir batin :)

aizamia3 said...

Moga selamat perjalanan pergi dan balik pulang berhari raya di kampung halaman.. ;)
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

afiqahliyana said...

selamat hari raya aidil fitri.... follow kita http://nanasecretbook.blogspot.com/

Nisa' said...

Happy Eid-ul-Fitr to all of you. Hope you had a great Eid with your loved ones.