Monday, July 29, 2013

Mengenali Blogger Bernama Pembawa Wacana @ Bro Wacana


Sejak ada Google+ nie.... terkeluar pulak nama betul... haih... Terpaksa la identiti yang sebelum nie cuba diselindungkan terkantoi sudah.... he he... Ok... Bagi yang sebelum nie mengenali Pembawa Wacana atau Bro Wacana dalam dunia blog nie... inilah saya... Nama saya ialah....... *Bagi bunyi drum sikit sekali dengan trompet*

Nama saya yang asal Ahsan Nur Mubarak...Semuanya nama saya okeh.. Nama bapak Annuar.. Oleh kerana asal Klate... Nama panggilan Asey... A[a] Sey[sebutan "sey" tu dgn sebutan makhraj huruf 'e' dalam epal]... Jadi sesape yang sebelum nie tak tahu...Dah tahu la kan... Takleh nak sorok-sorok dah...Cubaan berblogging secara underground sudah tak berjaya lagi....huhu

Sebab apa guna nama Bro Wacana? Sebab aku nie tak serius sangat pun dunia blog nie... Nak berblog secara underground je.. Sekadar berceloteh dari idea-idea yang terlintas di fikiran pasal isu-isu semasa dan jugak berkongsi pengalaman lampau kehidupan untuk dijadikan teladan dan tauladan bersama.... Itu jer tujuan aku berblogging...

Dari duk berborak-borak di kedai kopi..di kedai mamak.. atau di warong Pak Jabit tu...yang takde hujung pangkal dan selalunya ke laot jalan ceritanya.... baik aku 'transfer' crite-crite itu ke dalam blog nie dalam bentuk perbincangan pendapat... Olah sikit gaya penceritaan secara santai..sampaikan idea... Terserah kepada pembaca apa pendapatnya pula... Sekurang-kurangnya ada input untuk golongan yang suka membaca blog.... 

Si Rorschach nie la jadi mangsa imej Wacanaku dulu-dulu..he he

Idea-idea entri blog datangnya dari perbualan..percakapan...perbincangan...gosip-gosip dengan kawan.. dengan family... Ada jugak dari kisah peribadi sikit-sikit... Itu sekadar nak jadikan sebagai bacaan santai sekali-sekala... Sekadar untuk mengukir senyuman dan memecahkan gelak tawa nak hilangkan stress waktu keje atau waktu blajo.. Kekadang dari isu semasa, yang lazimnya selalu dibincangkan sebelah pihak.. Tak pernah diajak berfikir sebelum disebarkan berita.... Haaaa.... cam tu la aku...

Sebab tu guna nama samaran Bro Wacana atau dulu-dulunya Pembawa Wacana... Selain tak nak bagi orang kenal.... Juga sebagai pembawa satu wacana pemikiran untuk dijadikan bahan bacaan yang berguna kepada semua... Banyak jugak la topik-topik dan isu-isu yang aku dah sentuh.....  Isu politik [PANAS].... Isu artis bertudung... Isu sejarah melayu... Isu Dajjal... Isu-isu yang ada baiknya kita berbincang dari duk bergosip liar takde hala tuju tu... Boleh la cuba baca entri-entri lama yang ada dalam blog nie dan tuan/puan fikirkan la kan.. Menarik ke tak... Mintak-mintak la dapat menarik perhatian sedara-sedari sekalian... Tak kisah la menerima pendapat atau menolak.. Yang penting idea tu sampai.. Boleh difikirkan bersama... ye dak? :)

Header pertama awal berblogging..

Sesetengah blogger fikir cam mana nak naikkan trafik kan...sebab nak dapatkan 'income'.. Aku sekali fikir memang nak jugak... Kalau dapat job advertorial blogging memang tak tolak la kan... Rezeki jangan ditolak...Tapi tu sampingan je bagi aku... Tujuan utama.. nak berkongsi pendapat dan cerita yang boleh kita fikir sesama untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik.... Share the knowledge secara santai.... Biarlah yang baca blog nie cuma 300-400 je ... Kekadang lebih jugak sampai cecah hampir 1000 UV... tengok topik la kan... Tapi dari beratus tu dikongsikan cerita aku tu kat kawan-kawan depa mungkin sampai cecah..... beribu..atau berpuluh ribu kenalan kawan-kawan depa pulak... kan? Sebab tu motto blog aku... Santai Berceloteh... Gelak Bersama... yang second part tu dah delete sebab kekadang ada entri serius gak.. huhu

Okeh.... Bagi sesape yang rasa nak berkawan atau berkenalan lebih lanjut...Boleh add saya nie di Google+ ..masuk dalam list circle korang... Ada terpampang belah kanan blog nie... Nak folo blog pun ok.. Sikit je follower blog nie... Tak popular katakan... Bagi yang ada Facebook... Boleh add kat FB: Ahsan Nur Mubarak. Nak add FB PAGE: Wacanaku pun silakan kalau nak dapatkan update...

Sebagai ending nya...*sob sob* Selamat Menyambut 10 malam terakhir Ramadhan... carilah malam Al-Qadr..Atau popularnya Lailaitul Qadr... Sebelum korang pulang berhari raya di samping orang yang tersayang....Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca dan menyokong blog tak seberapa nie.... Sesungguhnya blog Wacanaku.... Santai Berceloteh untuk bacaan semua...:)

Inilah saya..gambar masa kahwin dulu-dulu..hihi

P/S: Berdakwah [Menyampaikan kebaikan] tak semestinya di surau dan masjid...di blog pun boleh..:)

2 comments:

eyann said...

sedap nama u ,, hehe
btw im done follow

anumuchan said...

blogger glemer nih huhuuu..aa nnt aku claim hadiahh hahaaa