Thursday, November 29, 2012

Ulasan Malaysia vs Laos | Piala AFF Suzuki 2012


Tahniah buat Malaysia kerana berjaya mengalahkan Laos dengan jaringan 4-1... Gol-gol dijaringkan oleh Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril... Nampaknya Harimau Malaya dah tersedar dari tidurnya... Semoga berterusan yer....

Apa yang aku nak ulas ek.... Bila menang nie susah sikit nak ulas...Sebab dah happy...tak fokus baca game...ha ha ha... Ok....Persembahan pasukan Malaysia sangat mengkagumkan semalam.... Banyak gerakan yang dihasilkan dan nampak hidup di bahagian tengah....

Nampaknya percaturan Datuk Raja menukarkan Amir Rohidan (??) dengan memasukkan Syakir Shaari memang tepat.. Dan aku sangat setuju....sebab dengan adanya Syakir....Tugas Safiq dapat dikurangkan di bahagian tengah membolehkan Safiq menghantar bola dengan lebih fokus dan berkesan.... Syabas Syakir...Itu baru peranan defensive midfield... Membantu di bahagian pertahanan dan juga mengurangkan beban Safiq sebagai playmaker pasukan...

Datuk Raja juga menukarkan pemain di bahagian sayap kanan...Kali nie Wan Zack yang masuk... Memang menjadik...Wan Zack lebih bertenaga dan dengan Gunalan di bahagian kiri...memang pening Laos nak defend... kiri kanan hidup bai.... Nak main close...winger menjadik...nak open....tengah menjadik... boleh through ball.....Memang smart...bagi Laos.....memang pening macam termakan durian berlebihan...Nasib baik tak termuntah...

Defender pun ada pertukaran di bahagian kiri dan kanan (kalau tak silap)..Dan juga penjaga gol.. Tapi pertukaran nie lebih kepada merehatkan pemain ajer.... Sebab Laos hanya mempunyai sekali sahaja percubaan tepat.... Dan jarang menyerang.....taktikal counter-attack Laos tak menjadik malam nie....Kalau bagi Apek main pun takde kesan pun...:)

Overall.....permainan lawan Laos memang berbeza berbanding menentang Singapura.... macam team lain... Kan dah kata....kalau tengah hidup... memang menjadik... Cuma sekarang nie...yang merisaukan ialah... banyak peluang yang boleh menghasilkan gol...disia-siakan penyerang....Kalau tak...semalam boleh menang sampai 7 hingga 9 gol kot... Lawan pasukan macam Indonesia...kene lebih produktif untuk hasilkan jaringan....Tapi still terbaik semalam! Gomo Malaysia Gomo.

P/S: Malaysia vs Indonesia.... game nie baru on-par balik... Harap yang terbaik dari pasukan Malaysia... Dan buat Indonesia.. fair play ok..:)

3 comments:

Hudalatip said...

lawan indon tu yang risau tapi harap Malaysia cuba yang terbaik ok!

Mak Esah said...

Actually malam tadi punya game sebenarnya Malaysia ada banyak peluang untuk jaringkan gol tapi peluang tu tak digunakan dengan baik. But finally, dapat jugak 4 gol. Tahniah untuk kita semua. @__@

atuk said...

Assalamualaikum PW

kalau main macam semalam
kalah pun tak pa...cantik permainannya