Friday, January 27, 2012

Misteri Atlantis | Pembongkaran Di mana Terletaknya Atlantis


Atlantis.... Atau ada jugak yang menyebut Lemuria.... Satu tamadun kuno yang dikatakan melebihi kehebatan tamadun sekarang.... Juga dikatakan tamadun paling awal dalam sejarah kehidupan manusia... Banyak misteri yang berkaitan Atlantis cuba diselidik dan dikaji kerana melibatkan sejarah kehidupan awal di bumi.... Banyak yang masih menjadi tanda tanya....di mana terletaknya Atlantis...Bangsa mana yang memerintah Atlantis... Siapakah Raja Atlantis.... Kali nie aku bagi la sikit berkenaan Atlantis setakat yang aku tau...

Sebelum nak bercerita panjang lebar berkenaan Atlantis.... Korang kenala mengosongkan minda yang kusut masai dan serabut dengan hal-hal korang yang masih tak siap tu..... Banyak yang perlu disedarkan dan di refreshkan balik..... Pertamanya..... Pasal peta dunia.... Peta dulu bukan macam sekarang ok.... Benua pada zaman dulu kemungkinan besar tidak sebanyak tujuh benua... Mungkin hanya ada satu benua besar sahaja! 

Bukan seperti ini...
Yang keduanya.... saiz manusia.... Tidak sekecil kita macam sekarang nie... Ada pelbagai saiz mengikut bangsa pada zaman itu..... Contoh utama...saiz Nabi Adam a.s.... Setinggi pokok kelapa!! So.....refresh balik ilmu-ilmu moden yang korang belajar kat sekolah tu.... Bukak kitab-kitab lama....Bukak inskripsi lama.... Bukak hikayat-hikayat lama....:)

Pada zaman itu...kemungkinan ada kerajaan-kerajaan jin yang bekerjasama dengan golongan manusia seperti kita..... Tidak seperti zaman sekarang...dua dunia dimensi berbeza dipisahkan.... Kalau tidak....tidak wujud la kerajaan Nabi Sulaiman a.s kan? Tak faham? Bukak Quran.... baca! :)


Segala-galanya berubah ketika lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.... Atau pun ketika Rasulullah naik ke langit dalam peristiwa Lailatulqadar.... Segala kerajaan jin di langit diruntuhkan....segala kerajaan jin di bumi dihilangkan dari dunia manusia... betulkan aku kat sini kalau silap... Tapi itulah yang aku tau dari pembacaan...

So.....ingat....Atlantis wujud pada zaman sebelum wujudnya Nabi Muhammad s.a.w...sebelum wujudnya kerajaan Rom....Sebelum wujudnya kerajaan Nabi Sulaiman a.s.... Sebelum wujudnya Nabi Ibrahim a.s.... Bapa segala bangsa yang ada di dunia sekarang nie... Dipercayai...wujudnya kerajaan Atlantis ketika sebelum dan pada zaman Nabi Nuh a.s! 

Hilangnya kerajaan Atlantis kerana bencana besar yang menimpa bumi nie....Banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s.... Mungkin berpunca dari letusan gunung berapi yang amat kuat sehinggakan menghasilkan gempa bumi yang kuat....dan seterusnya menghasilkan tsunami gergasi... Dari situ jugak... peta dunia berubah secara drastik.... Benua-benua terbentuk... Dan mungkin terhasil lebih kurang seperti peta hari ini.... Contoh perubahan geografi dunia kerana bencana alam....Di Aceh beberapa tahun yang lepas... Persoalannya..... di mana Atlantis terletak?

Aku dulu-dulu percaya cerita yang mengatakan Atlantis terletak di Segitiga Bermuda..... Aku pun tak tau di mana Segitiga bermuda tu... Sampai la aku start minat membaca berkenaan hal nie.... Tapi aku rasa macam pelik... Sebab itu semua macam tak logik! Takde bukti asas langsung! Lepas tu...aku perasan akan kewujudan Lautan Atlantis.... Apa kaitannya? Sape yang bagi nama Lautan tu bernama Atlantis?

Mungkin sebab kaitan dengan kedudukan geografi Segitiga Bermuda tu kot.... Ok....abaikan... Tapi aku terfikir.... Jika ada benarnya tamadun Atlantis tu hebat....Mesti akan ada monumen yang hebat-hebat telah dicipta kan? Mesti ada kemahiran dan pengetahuan berkenaan hal-hal ketamadunan kan? Jika benar lah Atlantis adalah tempat asal Nabi Nuh dulu....maka ada benarnya la yang pengetahuan manusia yang terselamat dalam peristiwa banjis besar tu ada sedikit pengetahuan dari tanah asalnya, Atlantis kan?? Logik kan? So.... dari banyak-banyak monumen atau bangunan lama yang tersebar di dunia nie.... bentuk apa yang paling banyak kesamaan? BENTUK PIRAMID!

Yang nie di China...
Monumen berbentuk piramid ada di mana-mana.... Di Mesir (Piramid yang femes tu)...Di benua Amerika Selatan (kaum Mayan dan Aztec).. Di China (Gambar di atas).... Di Eropah (Di Bosnia..segala penggalian dihentikan oleh kuasa besar dunia...kenapa ek?).... Di Jepun (Yang kat dasar laut tu).... Tidak lupa juga di Asia tenggara! Malah yang menariknya.... Ada satu monumen piramid yang tidak dihebohkan... Masih di peringkat penyiasatan lanjut.... Di kawasan Pentas Sunda! Di mana Pentas Sunda tu? Di Asia Tenggara....Di Nusantara!

Tarak bukti? Sape kata..... Aku bagi dua nama pengkaji berkenaan arkeologi terulung... STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS.... ada lagi.... Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland (Pentas Sunda) yang tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.



Nak bukti lagi? Ok.... ada satu maklumat berkenaan satu piramid yang dijumpai di Indonesia.... Gunung Lalakon, Bandung. Menurut para pengkaji ahli arkeologi Indonesia.... setelah mereka mengadakan unjian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi....Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia!!! ... Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mendakwa masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia...Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua....Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid....Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri..... nak bukti lagi? Sila la baca dan kaji...:)

Gunung lalakon...

Punden berundak di Jawa Barat
Ok....itu pasal monumen.... Kali nie berkenaan penulisan....atau bahasa terawal.... Dalam kajian pakar sejarah...tulisan terawal mestilah tulisan yang paling ringkas dan tulisan yang paling mudah untuk ditulis.... Selepas beberapa puluhan tahun depa mengkaji....akhirnya mereka menjumpai satu tulisan yang sangat simple dan paling asas bentuknya.... TULISAN RENCONG.... Selepas dikaji dengan mendalam.... tulisan itu asalnya dari Nusantara!


Banyak lagi bukti-bukti lain yang menunjukkan bukti bahawa ketamadunan manusia sebenarnya muncul dari satu kawasan yang sama.....NUSANTARA! Tapi kenapa ahli arkeologi kita senyap tanpa berita?? Atau siapa yang cuba sembunyikan kebenaran di sebalik sejarah yang selama nie kita cedok bulat-bulat dari HIS STORY (Cerita dia ak.a cerita rekaan demi kepentingan) sahaja?? Dari bukti-bukti yang dijumpai ini..... Secara kesimpulan awalnya..... Kebanyakan ahli arkeologi yang bebas dari cengkaman kuasa dunia sependapat.....Atlantis terletak di Nusantara!! 


Benar atau tidak.....wallahuallam.... Tapi kalau dilihat dari bukti yang asas.... Sememangnya kawasan Nusantara nie sudah dikenali sejak zaman berzaman.... Golden Chersonese la.... Tanah Dewa-dewa la... Ada satu kisah sejarah yang mungkin tidak popular di kalangan anak-anak muda sekarang nie.... Kisah Raja Perahu.... sape tau? :) Ia berkisar kisah awal penduduk di nusantara yang sejak dulu lagi terkenal dengan ilmu maritim nyer.... Ermmm..... Pasal hutan kita.... Sudah diiktiraf di dunia mengatakan bahawa hutan di Nusantara adalah yang TERTUA di dunia! Ermmm.... apa lagi.... Berkenaan tumbuh-tumbuhan asal Nusantara... Kebanyakan tumbuhan yang dijadikan bahan asas seperti kemenyan dan serai..asalnya dari Nusantara! Banyak lagi bukti yang selalu di depan mata tapi kita tak perasan...sebab kita tak ambik berat pasal sejarah asal kita yang menarik dan gah di mata masyarakat dunia.....Cuma kita jer merendah-rendahkan tempat sendiri...Kenapa yer? 

Sebelum aku mengakhiri entri nie.... Satu lagi klu yang mungkin menjadi tanda tanya banyak pihak pengkaji.... Kata-kata Hang Tuah, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".... Dipercayai kata-kata tiu ada maksud di sebaliknya.... Menerangkan akan asal-usul melayu dan kehebatan melayu.... Semoga dapat mencetuskan satu perasaan ingin tahu.....Selamat Mengkaji...:)

P/S: Nak share? Silakan ajer...;)

6 comments:

Eiqa Roslan said...

info yang sangat berguna. terima kasih :)

Unknown said...

info yang menarik.....Satu ilmu yang patut dikongsikan beramai-rami dangan anak bangsa kita sendiri

Anonymous said...

terima kasih berkongsi ilmu ;)
bangga jadi orang Melayu

Unknown said...

Sungguh artikel yg cerdas, memang dari peta bumi yg kuno tanah sunda sdh dikenal zaman purba, atlantis memang berada di Sundaland tanah pasundan tanh paradewa makanya namanya juga disebut Parahyangan Jawa Barat tanah tempat para dewa ( Hyang )dan bukan jawaland karena pulau jawa belum ada yg ada hanya tanah sunda

Anonymous said...

Interesting ! Saya memang min at sangat dgn cerita sejarah Atlantis be.. Syg kalau kebenaran ditutup untuk kepentingan Peribadi sesebuah negara.

Unknown said...

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. (Al-An'aam 6:6)